Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah dianjurkan dari bulan Ogos sehingga September. Walaupun sedang menghadapi situasi Covid-19, suasana sambutan tetap meriah dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan
Sunday, April 25, 2021
PROJEK PENAPIS AIR (PDP-PBL)
RINGKASAN PROJEK PENAPIS AIR (PDP-PBL)
Projek ini
menghasilkan model penapis air ringkas bertujuan untuk memberi pendedahan
kepada murid kaedah mendapatkan bekalan air yang bersih.
Murid akan
memperoleh maklumat daripada sumber kajian untuk menghasilkan model penapis air
ringkas yang boleh digunapakai dalam PdPc keempat-empat mata pelajaran iaitu
Sains, Reka Bentuk Teknologi, Geografi dan Bahasa Melayu.
Model yang
dihasilkan diterokai melalui pemerhatian
sewaktu PdPc bertajuk Pembersihan
dan Pembekalan air serta memperoleh maklumat tambahan daripada sumber internet.
Murid akan berdiskusi untuk menghasilkan satu model dengan bimbingan guru.
Pelajar
dinilai berdasarkan Tahap Penguasaan 6 (TP6) dalam Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP).
Projek ini
dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu. Projek model penapis air ringkas ini
menggabung jalin empat mata pelajaran tersebut yang mana subjek utama sebagai
tuan rumah ialah subjek Sains.
Selain itu,
projek ini juga diperluas skopnya dengan memberi pendedahan berkaitan
kepentingan penjimatan penggunaan air kepada orang ramai dan kesan terhadap
alam sekitar.
Di akhir
projek Penapis Air ini diadakan “showcase” di mana kumpulan yang
terpilih mempamerkan hasil projek
masing-masing.
BULAN SAINS DAN MATEMATIK 2019
Program Bulan Sains dan Matematik 2019
Bulan Sains dan Matematik telah diadakan pada 2- 20hb Mac 2019. Semua guru Sains dan Matematik telah memberi kerjasama yang baik dan berkorban masa dan tenaga untuk melaksanakan seterusnya menjayakan semua aktiviti yang telah dirancang.
Antara aktiviti yang diadakan sempena bulan Sains dan Matematik ialah :
ü Pertandingan Spesimen Awet
ü pertandingan Penjerukan
ü Pertandingan Chemical Garden
ü Pertandingan membuat Sabun
ü Pertandingan Solar Kereta
ü Pertandingan Roket Air
ü Permainan Tangram
ü Permainan Tarsia
Semua pertandingan mendapat sambutan yang hangat dikalangan pelajar. Program tersebut sangat menarik dan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.
Secara keseluruhannya, Bulan Sains dan Matematik berjalan lancar.
Tuesday, March 2, 2021
PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA HARI PENGASAS PENGAKAP TAHUN 2021
Tarikh : 22 Februari hingga 1 Mac 2021
Tempat : Kediaman masing-masing
Anjuran : Persekutuan Pengakap Daerah Pontian
Seramai 26 orang murid telah menyertai pertandingan yang diadakan.
Salah seorang peserta mendapat tempat ke -3
Antara hasil murid yang menyertai