Sunday, April 25, 2021

PROJEK PENAPIS AIR (PDP-PBL)

 

RINGKASAN PROJEK PENAPIS AIR (PDP-PBL)


Projek ini menghasilkan model penapis air ringkas bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid kaedah mendapatkan bekalan air yang bersih.

Murid akan memperoleh maklumat daripada sumber kajian untuk menghasilkan model penapis air ringkas yang boleh digunapakai dalam PdPc keempat-empat mata pelajaran iaitu Sains, Reka Bentuk Teknologi, Geografi dan Bahasa Melayu.

Model yang dihasilkan diterokai melalui pemerhatian  sewaktu PdPc  bertajuk Pembersihan dan Pembekalan air serta memperoleh maklumat tambahan daripada sumber internet. Murid akan berdiskusi untuk menghasilkan satu model dengan bimbingan guru. 

Pelajar dinilai berdasarkan Tahap Penguasaan 6 (TP6) dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

Projek ini dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu. Projek model penapis air ringkas ini menggabung jalin empat mata pelajaran tersebut yang mana subjek utama sebagai tuan rumah ialah subjek Sains. 

Selain itu, projek ini juga diperluas skopnya dengan memberi pendedahan berkaitan kepentingan penjimatan penggunaan air kepada orang ramai dan kesan terhadap alam sekitar.

Di akhir projek Penapis Air ini diadakan “showcase” di mana kumpulan yang terpilih  mempamerkan hasil projek masing-masing.








No comments:

Post a Comment