SEJARAH


Tan Sri Othman Bin Mohd Saat dilahirkan pada tahun 1927 di Muar, Johor. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu, Inggeris dan juga Arab. Beliau pernah menjadi Guru Agama pada tahun 1942. sebelum aktif dalam bidang politik, beliau adalah seorang yang berjaya dalam bidang perniagaan. Beliau berpolitik sejak UMNO ditubuhkan pada tahun 1946.

Dalam pilihanraya 1964, beliau telah menang dalam pilihanraya. Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO dalam tahun 1965 dan masih dapat mengekalkan kerusinya dalam tahun 1969. Beliau juga pernah menjadi Perngerusi Grand Prix Johor dan juga Pengerusi Pertubuhan Pengakap Johor dan dianugerahkan Pingat Semangat Rimba pada tahun 1970. Beliau juga diberi status “Doyen” Menteri-Menteri besar dan Ketua-Ketua Menteri Malaysia.

Pada tahun 1967 sehingga pada 1982 beliau telah menjadi menteri besar johor. Atas sumbangan jasa beliau, nama beliau telah diabadikan bagi mengantikan nama SMK Batu 34, Pontian menjadi SMK TAN SRI OSMAN MOHD SA'AT. Pemasyhuran nama beliau telah disempurnakan oleh YB Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran II, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 24 Julai 2010 yang lalu. Semoga dengan pertukaran nama ini akan meningkatkan lagi semangat, keazaman dan iltizam warga sekolah untuk mencapai tahap yang lebih baik di masa hadapan.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Osman Mohd Saat memulakan sesi persekolahannya pada 1 Januari 2001. Sebelum itu sekolah ini dinamakan SMK Batu 34 kerana ia terletak di Batu 34 Jalan Johor Bahru-Pontian.

Pada permulaannya seramai 23 orang guru ditugaskan untuk mengajar dan mendidik seramai 355 orang murid di sekolah ini. Lama kelamaan jumlah murid bertambah. Pada tahun 2003 bilangan guru menjadi 39 orang manakala bilangan murid bertambah menjadi 693 orang. Jumlah kelas juga bertambah. Sekolah ini menawarkan pembelajaran dari Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5.

SMK BATU 34 dengan rasminya telah dikenali sebagai SMK TAN SRI OSMAN MOHD SA'AT. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dr.HAJI MOHD PUAD ZARKASHI, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 24 Julai 2010.