Sunday, April 25, 2021

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah dianjurkan dari bulan Ogos sehingga September. Walaupun sedang menghadapi situasi Covid-19, suasana sambutan tetap meriah dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan











PROJEK PENAPIS AIR (PDP-PBL)

 

RINGKASAN PROJEK PENAPIS AIR (PDP-PBL)


Projek ini menghasilkan model penapis air ringkas bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid kaedah mendapatkan bekalan air yang bersih.

Murid akan memperoleh maklumat daripada sumber kajian untuk menghasilkan model penapis air ringkas yang boleh digunapakai dalam PdPc keempat-empat mata pelajaran iaitu Sains, Reka Bentuk Teknologi, Geografi dan Bahasa Melayu.

Model yang dihasilkan diterokai melalui pemerhatian  sewaktu PdPc  bertajuk Pembersihan dan Pembekalan air serta memperoleh maklumat tambahan daripada sumber internet. Murid akan berdiskusi untuk menghasilkan satu model dengan bimbingan guru. 

Pelajar dinilai berdasarkan Tahap Penguasaan 6 (TP6) dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

Projek ini dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu. Projek model penapis air ringkas ini menggabung jalin empat mata pelajaran tersebut yang mana subjek utama sebagai tuan rumah ialah subjek Sains. 

Selain itu, projek ini juga diperluas skopnya dengan memberi pendedahan berkaitan kepentingan penjimatan penggunaan air kepada orang ramai dan kesan terhadap alam sekitar.

Di akhir projek Penapis Air ini diadakan “showcase” di mana kumpulan yang terpilih  mempamerkan hasil projek masing-masing.








BULAN SAINS DAN MATEMATIK 2019

 

Program Bulan Sains dan Matematik 2019

 

            Bulan Sains dan Matematik telah diadakan pada 2- 20hb Mac 2019. Semua guru Sains dan Matematik telah memberi kerjasama yang baik dan berkorban masa dan tenaga  untuk melaksanakan seterusnya menjayakan semua aktiviti yang telah dirancang.

         Antara aktiviti yang diadakan sempena bulan Sains dan Matematik ialah :

ü Pertandingan Spesimen Awet

ü pertandingan Penjerukan

ü Pertandingan  Chemical Garden

ü Pertandingan membuat Sabun

ü Pertandingan Solar Kereta

ü Pertandingan Roket Air

ü Permainan Tangram

ü Permainan Tarsia

        Semua pertandingan mendapat sambutan yang hangat dikalangan pelajar. Program  tersebut sangat menarik dan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.

        Secara keseluruhannya, Bulan Sains dan Matematik berjalan lancar.













Tuesday, March 2, 2021

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA HARI PENGASAS PENGAKAP TAHUN 2021

 


Unit Pendidikan Khas STOMS telah menyertai pertandingan mewarna yang telah diadakan seperti berikut:

Tarikh : 22 Februari hingga 1 Mac 2021
Tempat : Kediaman masing-masing
Anjuran : Persekutuan Pengakap Daerah Pontian

Seramai 26 orang murid telah menyertai pertandingan yang diadakan. 

Salah seorang peserta mendapat tempat ke -3 


Antara hasil murid yang menyertai